Wednesday, August 23, 2006

A'kum semua,

Apa kabar anda semua? Saya doakan semuanya sejahtera.Alhamdulillah saya dan semua krew Ziarah sihat belaka. Dan syukur juga kami semua selamat kembali dari 2 ziarah yang amat mencabar (Asia Selatan & Timur Tengah). Terima kasih kerana berterusan doakan keselamatan kami.Sempat juga untuk kami berehat dan sempurnakan kerja di pejabat yang tertangguh sebelum meneruskan ziarah ke Asia Tengah tidak lama lagi.

Secara amnya halangan utama di Asia Selatan adalah faktor cuaca dan infrastruktur yang amat daif. Bayangkan perjalanan sejauh 220km memakan masa selama 14 jam menaiki van melalui banjaran tinggi berbatu kerikil dan gaung sedalam 50m di kiri dan kanan laluan yang hanya boleh dilalui satu kenderaan pada satu masa. Itu belum masuk faktor keselamatan...penembak curi, perompak dan saki baki puak Taliban yang boleh muncul secara tiba-tiba di sepanjang perjalanan kami.

Manakala di Timur Tengah pula halangan utama apabila kami memasuki Lebanon dari Syria tiga hari sebelum genjatan senjata dicapai. Pengalaman yang amat mendebarkan di mana 3 letupan roket Israel yang jatuh tidak jauh dari tempat kami membuat laporan di Kem Sabra Shatila di Beirut.

Apapun semua rasa bimbang dan tidak selesa terubat dek keramahan penduduk tempatan lebih-lebih lagi bila mereka tahu kami dari Malaysia. Dari situ saya sendiri akui betapa besar jasa semua pemimpin kita baik yang lepas mahupun yang ada kini dalam meletakkan nama negara di tahap sekarang sehingga orang luar begitu menghormati dan memandang tinggi kepada kita.

Banyak pelajaran dan pengesahan baru yang saya perolehi sepanjang ziarah ke sana. Contohnya ziarah di Timur Tengah kerana sebelum ini menerusi media barat saya punyai persepsi bahawa golongan Sunni dan Syiah seakan-akan langsung tidak boleh bertembung. Gambaran sebenar tidaklah seburuk yang dilaporkan...mereka masih boleh hidup bermasyarakat,sembahyang dalam masjid yang sama malah Imam Sunni menyokong Hezbollah dalam khutbah Jumaat. Rata-rata yang kami temui mengakui semua kita bersaudara tidak kira Sunni mahupun Syiah. Dari situ saya sendiri terasa betapa selama ini media barat telah meracuni fikiran kita semua malah sampai ke tahap melaga-lagakan umat Islam. Dan dari situ juga saya dan krew Ziarah merasakan yang kami semua mempunyai satu tanggungjawab yang besar untuk melaporkan gambaran sebenar kepada semua sekurang-kurangnya mengimbangi laporan berat sebelah mereka.

OK...saya ringankan sikit...anda semua yang gemar melancong dan 'shopping'...saya rekemen pergilah Syria...bumi Syam ni memang banyak tempat bersejarah dan barangannya murah gilleeeerrr!!!!

OK! Saya minta diri dulu dan selamat Hari Kemerdekaan Malaysia ke 49.... semoga 31 Ogos tidak jadi cuti umum semata...sama-sama kita renung adakah kita telah menyumbang untuk negara? Kalau ada...baguslah tapi kita kena tanya lagi ....cukupkah sumbangan itu atau ada bahagian lain yang perlu kita tingkatkan?...

Saya kongsi satu pengalaman dengan pelajar perempuan Palestin...katanya "Saya tidak mungkin mampu memikul senjata dan berperang, tapi saya akan berperang dengan memiliki setinggi-tinggi ilmu pengetahuan kerana melalui ilmu saya akan buktikan kepada Israel dan Amerika bahawa Palestin mempunyai rakyat yang satu hari nanti mampu menguasai semua bidang".

Insyallah Ziarah di Astro sepanjang Ramadhan ini akan memberi gambaran baru garisan krisis dan wilayah terpencil.

Akhir kata terima kasih sekali lagi...jumpa lagi dan jaga diri baik-baik.

Wan Din.

31 Comments:

Blogger WNH said...

W'salam & Assalamualaikum kembali...

gembira tahu anda semua selamat menjalani tugas dengan sempurna walaupun banyak cabaran dan dugaan yang terpaksa ditempuhi.

Pastinya paparan yang akan disiarkan nanti akan memberi seribu keinsafan dan makna kepada kita yang dikurniakan keamanan dan kesenangan. Mudah-mudahan semua akan mensyukuri nikmat Allah yang tidak terhingga ini.

Untuk 'Ziarah' yang seterusnya, didoakan anda dan semua selamat pergi dan kembali. Semoga beroleh rahmat dan berkat Allah selalu.

12:45 PM  
Blogger miss dadidu said...

assalammualaikum....
gembira rasanya melihat coretan en wan di sini walaupun tak dapat melihat keadaan orangnya sendiri.saya merasa gembira dan bersyukur kerana en wan dan krew ziarah dapat melaksanakan tugasan yang diberikan dengan sebaik mungkin walaupun terdapat pelbagai halangan dan dugaan yang terpaksa dilalui.semoga Allah mempermudahkan perjalanan anda ke destinasi yang seterusnya.
saya sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anda semua.

jaga diri baik2 en wan....

3:31 PM  
Blogger miss dadidu said...

hi again...saya baru jer bercadang nak lupakan en wan seketika....but dapat msgs from both ur fans....from Ls 'morning,wan dah balik' and daripada syah "akak kat mane?abe dah balik...."thanks to both of you...
akak sayangle ngan korang berdua nie:)...
thanks sb sampaikan msg kat akak...actually masa dapat both msgs masih berada di pahang...bila sampai jer KL terus on laptop semata2 nak baca msg en wan:)...aura en wan nie mmg kuat le:)


saya dah baca artikel en wan dalam majalah umph tue....berubah betul wajah en wan yer...makin gelap rasernya...n ada misai and ada 'baby' janggut sikit he he....
lain betul raser macam melihat wajah orang lain lak...hmm biasalah kan...

aii en wan...'shopping' kat syria...xper next time jom kita pi shopping sama2 he he(adoii...ada orang dah tarik telinga sb salah cakap..ala usik jer...bukan apa pun)...
ye ke brg dia murah giler en wan...xde bawak balik aper2 ke tuk ur fans kat cni....kl ada leh le kirim..leh bagi alamat sekali he he...sori yer gurau jer...lama tak usik en wan...dapat usik pun tru blog nie ajer....

apapun sebarang salah dan silap mohon ampun yer manalah tau lps nie saya dah 'tutup buku pasal en wan and 'seal' terus ke...siapa taukan bila smp masa dan ketika bukan aper....bersedia awal2....supaya saya tak guling2 lak sedey nanti ye tak...

adiena:kita hanya memerlukan satu sebab sahaja untuk melupakan seseorang....masih mencari 'sebab' itu....

3:54 PM  
Blogger Atashi:- FID DESU said...

Asalam..wbr ,
WK & krew dah balik, alhamdulillah & syukur kerana semuanya selamat samapai kembali ke tanah air.
Dari coretan tu tahu lah saya bahawa WK dah melihat dunia yang sepenuhnya, saya pernah teringat kata2 arwah abah saya "Kita jadi manusia ni jgn lihat yg indah aje, kena juga pergi ke tempat yg susah, so kita akan insaf"
So mcm saya katakan insaf kan & from there bersyukurnya kita jadi rakyat Malaysia, walaupun ada yang kita tidak setuju dgn corak pemerintahan yg penting kita AMAN..
Ok nak balik ni dah terlalu penat bekerja seharian dgn pelbagai tugas yg memeningkan. Once again syukur alhamdullilah semuanya selamat sampai & all the best to Ziarah... WK makan nasi minyak bawah kemah jgn lupa jemput ya....
Shah tq for the info on the news dlm blog & salam sayang buat Terra, Adiena , Lin dll...

7:14 PM  
Blogger miss dadidu said...

This comment has been removed by a blog administrator.

7:52 PM  
Blogger miss dadidu said...

This comment has been removed by a blog administrator.

7:53 PM  
Blogger miss dadidu said...

a'kum...tumpang lalu jap he he...
tadi dah penat2 taip komen..kuar lain lak tak pasal2 kena delete...

tak ingat dah aper nak tulis...hmm dah g dah kat blog ziarah tadi...xsabar rasernya nak tonton program nie...bukan aper dah 'rindu' nak tengok en wan n gelagatnya kat tv....kat kaca tv pun jadilah ye tak...oklah tue....

oklah en wan n all of u byeiii...

oh luper to kak fid....hi..

adiena:raser2nya takan 'berpaling' dari en wan kot?...masih jadi penyokong yang setia....

8:01 PM  
Blogger Atashi:- FID DESU said...

Ni ada rancangan baik ni , Terra nak buat rombongan ziaran ke TGG kalau WK makan nasi minyak bawah kemah ... apa macam nak ikut tak???
Lepas tu boleh jalan ke Rantau Panjang alamak Terra lupa lagi Rantau Panjang ke Rantau Abang???asyik confuse aje ni!!!!!!!!!!

2:26 PM  
Blogger Precious said...

nana, rasanya sekarang ni ada siaran ulangan bongkar kot. Hari dan waktu masih sama.

2:57 PM  
Blogger miss dadidu said...

he he kak fid...rantau panjang kat tpt saya pun ada....cikgu2 kat cni kl ada yg kena pi pkg kat sekolah rantau panjang mesti tanya ada sapa2 nak pesan bila kain ke etc he he....sajer diorang nie nak buat lawak jer...kl ada cikgu yg baru masuk sure blur jap...nasibla saya mmg pernah bersekolah kat phg nie..kl tak saya pun blur he he....

oo diam2 ada plan nak buat rombongan yer..ntah2 kawin sama ari ngan my best fren...tp kat kb....
just masukkan saya on d list itu pun kl tak 'pengsan' r masih larat nak jalan lps dgr en wan nak kawin he he.....:(..huhuk...

1:22 AM  
Blogger miss dadidu said...

a'kum...hmm gie blog ziarah td...ada org bagi tau tru sms pasal gbr...

hmm gbr oh gbr....gbr 'berdua' tue betulle 'mendebar'kan jiwa.....:(

apapun all d best to both of you n crew ziarah....

sa...sa..saya akan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kalian.....semoga dapat menjalankan tugas dgn sesempurna mungkin.....

adiena:semoga Tuhan tetapkan imanku dan banyakkan bersabar....waa...

1:32 AM  
Blogger miss dadidu said...

assalammualaikum....n hi to all...
ini post 'terakhir' saya seblum balik.... pasnie tak tau lagi bila nak jenguk cni coz dah bz ngan budak2 nak upsr....berdebo2 gak nie coz dis is my first 'baby' le...en wan n all of you doa2kanlah kejayaan my pupils kay...dis year baru first time aja year 6...

hmm nak wish again ntah yang ke berapa kali agaknya hepi besday kat en wan...bukan aper bila tiba masa dan ketikanya....hari yang betul2 birthday en wan....i'm not here to wish you le...

oklah kita nyanyi lagu 'klasik' sikit...asik2 happy birthday jer ye tak...:)

ok..Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan wan kamarudin
Allah selamatkan kamu

ok one more...
Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan wan kamarudin supaya cepat2le kawin oppps....terbabaslak he he....jgn mara aaa..en wan...senyum sikit...alahai comelnya senyuman dia tue hehe...

oklah en wan nie pantun klasik tuk en wan....

Tuai padi antara masak
esok jangan layu-layuan
intai kami antara nampak
esok jangan rindu-rinduan.

Anak cina pasang lukah
Lukah dipasang di Tanjung Jati
Di dalam hati tidak kulupa
Sebagai rambut bersimpul mati

ok byeiii.....

adiena:Anda tidak akan pernah memiliki seorang teman jika anda mengharapkan seseorang tanpa kesalahan.

8:14 PM  
Blogger kaptenkeirin said...

Assalamualaikum...
-sis lin bila tarikh sbnr besday en.wan???
-la..main tapuk2 lagi dia..(keke)
-syah nak nyanyi lagu besday pelbagai bahasa utk en.wan:
*Cina:
Zhu ni sheng ri kuai le
Zhu ni sheng ri kuai le
Zhu ni sheng ri sheng ri kuai le
Zhu ni sheng ri kuai le
*Jerman:
Zum Geburtstag viel Glück,
zum Geburtstag viel Glück,
zum Geburtstag, liebe(r) en.wan,
zum Geburtstag viel Glück!
*Itali:
Tanti auguri a te
tanti auguri a te
tanti auguri (a)en.wan,
tanti auguri a te
*Argentina:
Que los cumplas feliz,
que los cumplas feliz,
que los cumplas en.wan,
que los cumplas feliz.
*Filipina/Tagalog:
Maligayang bati,
Maligayang bati,
Maligayang maligayang,
Maligayang bati
las but not least
*Finnish version:
Paljon onnea vaan,
paljon onnea vaan,
paljon onnea en.wan,
paljon onnea vaan!
-yeee....yeee...erm klu nak nyanyi ikut je melodi lagu besday tu...k...
-akhir kalam, tiada yg mampu kami (sbg penyokong)berikan selain doa agar perjalanan hidup en.wan sts diberkati...AMIN..n cepat2 kawin..kekeke:)...en.wan...umur en.wan dah nak bertambah setahun lagi....dah makin tua...bila nak kawin..tak elok tau kawin lmbt2...nnt kempunan nak menimang cahaya mata...keke...("belum jodoh nak buek mcmana syah" en.wan berkata di dalam hti ;)...)ok..may Allah bless us..last but not least..SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KEMERDEKAAN YANG KE-49...
ilal liqa'
-syahran hakimi-
sign out

8:51 PM  
Blogger miss dadidu said...

a'kum...tumpang lalu lagi...en wan luperlak nak sampaikan pesanan seseorang 2 u....pesanan tu adalah
'tolong jaga "HATI" baik2'.....ini pesanan seseorang yang jauh nun di sana....adalah tempat dia...

saya pun suka gak ngan pesanan orang tue...maklumle jauh...hmm 'berdua' lak tue....not just me ada 'hati2 yang tercuit sikit' kat cni....:)...

byeiii...misz u all....

adiena:pasrah?!

8:52 PM  
Blogger miss dadidu said...

This comment has been removed by a blog administrator.

8:55 PM  
Blogger miss dadidu said...

a'kum...muka i lagi..nak buek camno...inila ajo maso yang den ado...esok den dah nak balik...jgn mara aa...

ok i nak wish u all...opps cakap melayu le...
saya nak mengucapkan 'SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA' buat en wan,pengunjung2 blog dan semua rakyat Malaysia...

9:00 PM  
Blogger miss dadidu said...

hmm hi syah...akak pun nak letak lagu besday cina tadi...tapi luper letak buku mandarin akak kat mana ntah....lesap dah lama tak guna...n dah luper...nasib baik syah dah letak....:)

tapi paling best lagu jerman tue...masa kat uitm...lecturer kitaorg suruh nyanyi he he....
yg best bunyi kat blakang tue..."viel Glück..."....yang classmate nakal2 tue faham2 ajeler:)

9:05 PM  
Blogger miss dadidu said...

a'kum....mata dah ngantuk nie sb dah nak dkt kul 1 pagi.....

hmm tadi sms ngan kak fid...pasal nasi bawah khemah oooops....kawin bawah khemah.....

en wan...kad jemputan tue bagi kitaorg yang special yer...yang ada gambar both of you....n bila di pusing2 kad tue...bertukar2 fesyen baju he he.....nanti anta by ur own handwriting kat kitaorg kay....nak add n our names inform kay....oklah nie mata tgh blur so nak sedey pun tak leh dah.....my tears pun 'cuti' ari nie sb dah tak tau aper nak pikir dah....

oklah byeii....

adiena:?????!!!!

1:02 AM  
Blogger Precious said...

:) hari ni birthday dia.

sorry wan din, tak boleh nak rahsia. its the least that i can do.

2:40 AM  
Blogger kaptenkeirin said...

Assalamualaikum...
-sis lin...thanks 4 de info...en.wan happy birthday...may Allah bless u...
-soalan cepu-emas: Bila nak kawin???:)....wakaka....
-k...taraa...
Assalamualaikum...ilal liqa'....

2:47 PM  
Blogger kaptenkeirin said...

Askum..its me again..
saja nak tegur nasikayam..nak panggil akak ke bro ni...

2:49 PM  
Blogger kaptenkeirin said...

Assalamualaikum...
-an old fren of mine sent me this msg...kebenarannya Wallahua'lam bissawab...
-PENGUMUMAN...
Pertubuhan Melayu Kristian(MURTAD)m'edarkan scr PERCUMA..Kitab Injil dlm Bahasa Melayu AL-KITAB b'mula drpd malam 21/8, 1 gereja di Damansara akn edarkan kitab ini..b'hati2!!Jenama air mineral Al-Barakah, Al-Mansur & Bestari di campur Holy Water..klu ada yg bg free jgn minum..nnt x boleh m'ucap 2 kalimah syahadah! kalau anda prihatin, edarkan kpd sdra2 se ISLAM sblm terlambat.... sekadar utk makluman..dan tidak berniat utk menjatuhkan sesiapa...
-yg baik adalah drpd Allah, n yg lemah drpd diri syah sendiri...Ilal liqa'...Assalamualaikum..

8:47 PM  
Blogger sazzy said...

Assalamualaimum, sebagai peminat, bagus jugak dapat mengikuti Journal dari you..

10:53 AM  
Blogger terrarosa said...

2

10:54 AM  
Blogger terrarosa said...

3

10:54 AM  
Blogger terrarosa said...

yeeaaaaa....
komen yg ke 36....
bersesuaian dgn Bestday En Wan pada tahun ini ...
36 !? nombor yg akan sentiasa mengekori En Wan untuk setahun yang seterusnya...

36 !?
hhmmm... rasanya "meme" sebaya dgn "abe" sulong saya..
masa kecik2 dulu saya takut dgn dia.. dulu dia "bekin"... tapi skrang ni bila dia dah kawen dan ader anak... saya tak takut kat dia dah.. hee..heee..cuma hormat tu tetap ada , wajib !!

dulu dia tak suka KRU !!
pernah jugak bila KRU jadi hos Hiburan Minggu Ini (RTM)... sakitnyer hati bila dia tukar chanel lain... tapi
hik..hik..hik.... 2 tahun lepas , Terra jumpa album Yusri Solo yg ader lagu DEkat Padamu.. dalam keta dia ....
heeehheee...heee... my bro !!

tuk En Wan ,
Moral of the Story.... kawin laaa cepat hik..hik..hik.. nanti bleh minat KRU mcm abe saya :)
tak der lah...
maksud saya semua orang mampu berubah atau akan berubah...kerana hanya Allah shj yg kekal..
errmm En Wan kan lebih matang dr saya , mesti dah tau semua ni..
saya sekadar mengingatkan shj...
tak yah laaa buat2 muka depan PC plak... saya terasa ni !!

apapun ...
Doa saya ,
semoga hidup dan mati En Wan akan sentiasa diredhai Allah
dan
diri En Wan akan sentiasa disayangi oleh orang2 disekeliling ANDA :)
Semoga En Wan tabah menghadapi dugaan hidup dan bersabar dalam memikul tanggungjawab yg ada :)

p/s terasa baru lepas sembuh dr deman jer :)

11:25 AM  
Blogger terrarosa said...

This comment has been removed by a blog administrator.

11:48 AM  
Blogger terrarosa said...

komen yg ke (36 + 1) kena delete tuk menjaga hati pihak yg tertentu

ok komen yg ke (36 + 2)
3 minggu lepas ,kalau Terra kata sibuk dgn tugas , MESTI En Wan ingat Terra perli dia laa tu...
sebab alasan En Wan jarang masuk blog tentulah S-I-B-U-K kan ?
2 minggu berturut2 ada pemantauan dr HQ dan last week dr JPA... kolej Terra tengah cuba dapatkan pengiktirafan JPA untuk pelajar2 kita yg kesemuanya adalah Bumiputera...
"meme" ni kijer yg serius !!
tuk masa depan anak bangsa... bukan sekadar kibarkan Jalur Gemilang :)

dan waktu selebihnya pulak Terra cuba merealisasikan azam tahun lepas... dan Alhamdulillah selepas setahun 8 bulan , dalam umur 29 ni , Terra sudah memilikinya pada hari Selasa (12 Sept. 06)
nak bg tau kat cni ??
belum masanya nanti... kecuali
En Wan blanja Sutung Celup Tepung Tganu special dgn Teh Tarik...

Untuk Lin..
once again... macamana Lin tau Terra suka Teh Tarik... bg Terra Teh tarik setaraf dgn Ais krim Trophy perisa almond Choc...
it's can produce my Endorphin (the feeling good chemical thing)

satu lagi ...ppsstt... pssttt boleh tak reveal sket
APAKAH MAKANAN KEGEMARAN WAN DIN ?

11:56 AM  
Blogger terrarosa said...

komen yg ke (36 + 3)
.... at this moment
Alhamdulillah.. Terra rasa macam terapung - apung jer , silap haribulan "i believe i can fly" plak... kejayaan pada Selasa lepas memang dah diraikan oleh ramai kenalan Terra... walaupun kena keluarkan blanja sket ... tapi memang sronok dapat kongsi saat2 manis dgn orang2 yg menyayangi kita...
mungkin ramai yg tak tahu... semasa Terra daki Kinabalu bln MaC lepas... 3 minggu jugak Terra tak masuk blog En Wan...
jadi apa yg berlaku skrang adalah perkara yg sama...
tapi bila lama tak masuk kat cni...
blur jugak nak taip apa yg patut...
cuma mungkin...

ZIARAH En Wan dah nak habis...
sudah tentu En Wan nak kongsi pengalaman dan kejayaannya bersama kita sebagai peminat kan ?
jadi.. here i am...
waiting for a good new from him :)

p/s En Wan your secret is save with me :)

- Terra
14 Sept. 2006

1:29 PM  
Blogger terrarosa said...

save or safe ??
safe kan ?
silap taip plak :)
tapi dek tekanan bulan lepas ,
hampir tak ter"SAFE" gak !
Rasanyer kalau ader orang lain tau...
mungkin itulah cerita yg terakhir tentang Wan Kamarudin Wan Ibrahim dari saya...
and i'm not ready for that yet..
may be nex time :)

9:55 AM  
Blogger hidayah84 said...

Saya sedikit kecewa kerana ziarah hanya di siarkan di astro...bagaimana dengan penonton yang tiada astro di rumah?...So, saya harap pihak penerbit dapatlah berbincang dengan mana 2 stesyen tv untuk menerbitkan ziarah di rangkaian tv yang biasa. Kami pun nak lihat juga bagaimana program ziarah ni dari perspektif perjalanan warga ziarah. HArap permintaan ini sudi di terima dan kami akan memberikan sokongan sepenuhnya kepada anda semua.

Hidayah (",)

12:19 PM  

Post a Comment

<< Home